Showing posts with label daily story. Show all posts
Showing posts with label daily story. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Wah, dalam bahasa Arab la..!!

Bismillah..walhamdulillah..
Assalamu'alaikum..

Anda pernah menonton cerita Gransazer tak? ala..ceita super hero yang macam power rangers, masked raider, satria baja hitam dan lain-lain tu..
Saya ada jumpa lagu citer Gransazer versi bahasa Arab dalam Youtube..sama macam versi Jepun cuma liriknya berbeza =)
Cerita ini adalah antara cerita yang saya minat. Banyak cerita-cerita sebegini termasuk kartun telah dialih bahasa ke Bahasa Arab. Sebagai contoh, cerita Daremon, Detektif Conan, dan banyak lagi. Saya sangat teruja dengan usaha seperti ini. Saya juga ingin mendekati bidang penterjemahan ke Bahasa Arab seperti ini memandang saya mengambil jurusan Bahasa Arab di universiti, semakin bertambah minat saya terhadap Bahasa Arab..subhanallah

Ya Allah, fahamkanlah aku bahasa ahli Syurga ini..aamiin ^_^

hmm..~layan~


Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi..^__^

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Assalamu'alaikum..

Ramadhan..tetamu yang mulia bertandang lagi dalam hidup kita, tahun yang lain hari yang lain namun tetamu yang sama mengunjungi kita..

Tahun ni sambut first day Ramadhan kat rumah kak ngah sebab kena jaga anak sedara saya yang berumur satu tahun lebih, lelaki, my first nephew.."mama su sambut Ramadhan dengan 'Akif tahun ni..Ya Allah, berikanlah kesabaran kepadaku dalam mendidik dan menjaga anak saudaraku ini..aamiin"

Monolog;
"Moga-moga tahun ni aku dapat memperbaiki amalanku, takut dan bimbang aku akan mensia-siakan tetamu yang hadir dengan perkara yang melalaikan..Allah.."

Hadith Rasulullah s.a.w. :

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة,وغلقت أبواب النيران,وصفدت الشياطين
Apabila datang bulan Ramadhan,telah dibuka pintu-pintu syurga,telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan
(HR Bukhari: 3277,Muslim:1079)

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم منذنبه
Barangsiapa yang berpuasa ramadhan penuh dengan keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah,maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.
(HR.Bukhari dan Muslim)


Besarnya ganjaran yang Allah berikan buat siapa yang berpuasa dan beramal pada bulan Ramadhan...Subhanallah..

Maka, marilah kita sama-sama berpuasa dalam erti yang sebenar bukan hanya mendapat pahala puasa menahan diri daripada lapar, dahaga dan perkara yang membatalkan puasa sahaja. Bulan inilah bulan yang paling sesuai untuk melatih nafsu kita dengan menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Perbanyakkan amal kebaikan kerana Ramadhan bulan yang digandakan pahala amalan kita, rugi kalau kita mensia-siakannya. Taddarus Al-Quran, Solat sunat Tarawih, sedekah dan banyak lagi amalan yang boleh kita lakukan untuk menambah bekalan untuk ke Akhirat sana..

اللّهم بارك لنا في رجب و شعبان وبلّغنا رمضان...آمين
Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah ke bulan Ramadhan.


~SALAM RAMADHAN~

Friday, May 18, 2012

Mata Hati

Bismillah..walhamdulillah..
Assalamu'alaikum..

Hari ini, ramai di antara kita selalu lupa tentang pandangan hati yang bersih dapat membawa kita ke jalan diredhai Allah..kita selalu mengikut nafsu yang selalu membawa kita kepada kemurkaan Allah..sedangkan Allah selalu mengasihani kita..

Takut bila memikirkan dosa yang telah dilakukan..Allah..ampuni segala dosa hamba-Mu yang hina..
Teringat pula lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Hijjaz pada suatu ketika dulu..

~..layan..~

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau hati itu bersih…

Hati kalau terlalu berih
Pandangannya akan menembus hijab

Hati kalau sudah bersih
Firasatnya tepat kerna Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya lagi bukan kebenaran

Hati tempat jatunnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia…

Utamakanlah pandangan Allah daripada
Pandangan manusia… 

by: Hijjaz

Tuesday, May 1, 2012

Realize by Melody :)

Assalamu'alaikum..

Lagu: Realize by Melody

I see the light, wake up, stand up,
I can go forward without losing my way,
I'm getting closer to my wish,
I see the light....wake up, stand up,

I'll try going towards tomorrow once again,
Look at my small hands, 
I hold on tight and grasp my precious with them, 
The visions in me seem to be lost,
I don't want to lose my own way,

Do you know that I want it all,
Dont't forget the dream in my heart,
continues to shine,

I can go forward without losing my way,
I'm getting closer to my wish,

Some day I'll make the flower full of light bloom,
I will determined to carry things out, 
I want to run like this,
So, some day at the place where I use dream
a-ha-ha I'm laughing

wake up, stand up..
no matter how many times,
get up and TRY..!!
 
Baru-baru ni saya ada menonton cerita Jepun, tajuknya 'DRAGON ZAKURA'...best sangat.! banyak moral value yg boleh diambil daripada cerita ni..watch it then take the good value (semangat nak belajar sebab nak lulus exam dan masuk universiti...jauhi sifat malas berusaha) and not the bad one..that's all for today..^__^


Friday, April 13, 2012

Assalamu'alaikum..

'Nukilan Sang Hamba'
Blog yang baru di'publish' oleh saya sendiri..

Kenapa saya pilih tajuk ini??
...kerana apa-apa yang saya tulis ini mestilah mengingatkan saya kepada yang mencipta saya, siapa Dia??..Allah yg Maha Pemurah lagi Maha penyayang dan segala puji bagi-Nya :)
Saya mestilah mengelakkan tulisan saya daripada mengundang segala bentuk kemurkaan Allah, hanya REDHA-Nya yang saya harapkan..insyaALLAH :)  

Alhamdulillah...
Moga usaha ini akan lebih mendekatkan kita kepada-Nya..amiin ^^,