Assalamu'alaikum..
Ramadhan..tetamu yang mulia bertandang lagi dalam hidup kita, tahun yang lain hari yang lain namun tetamu yang sama mengunjungi kita..
Tahun ni sambut first day Ramadhan kat rumah kak ngah sebab kena jaga anak sedara saya yang berumur satu tahun lebih, lelaki, my first nephew.."mama su sambut Ramadhan dengan 'Akif tahun ni..Ya Allah, berikanlah kesabaran kepadaku dalam mendidik dan menjaga anak saudaraku ini..aamiin"
Monolog;
"Moga-moga tahun ni aku dapat memperbaiki amalanku, takut dan bimbang aku akan mensia-siakan tetamu yang hadir dengan perkara yang melalaikan..Allah.."
Hadith Rasulullah s.a.w. :
إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة,وغلقت أبواب النيران,وصفدت الشياطين
Apabila datang bulan Ramadhan,telah dibuka pintu-pintu syurga,telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan
(HR Bukhari: 3277,Muslim:1079)
من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم منذنبه
Barangsiapa yang berpuasa ramadhan penuh dengan keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah,maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.
(HR.Bukhari dan Muslim)
Besarnya ganjaran yang Allah berikan buat siapa yang berpuasa dan beramal pada bulan Ramadhan...Subhanallah..
Maka, marilah kita sama-sama berpuasa dalam erti yang sebenar bukan hanya mendapat pahala puasa menahan diri daripada lapar, dahaga dan perkara yang membatalkan puasa sahaja. Bulan inilah bulan yang paling sesuai untuk melatih nafsu kita dengan menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Perbanyakkan amal kebaikan kerana Ramadhan bulan yang digandakan pahala amalan kita, rugi kalau kita mensia-siakannya. Taddarus Al-Quran, Solat sunat Tarawih, sedekah dan banyak lagi amalan yang boleh kita lakukan untuk menambah bekalan untuk ke Akhirat sana..
اللّهم بارك لنا في رجب و شعبان وبلّغنا رمضان...آمين
Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah ke bulan Ramadhan.
~SALAM RAMADHAN~

No comments:
Post a Comment