Sunday, April 15, 2012

cerpen :)


Assalamu'alaikum..

Tiba-tiba pula rasa nak tulis cerpen hari ni..hehe..cerpen pendek je dan mungkin anda pernah mengalaminya terutamanya para da'ie..cinta ana enti, meminjam nama watak dalam novel 'Tautan Hati', Asiah Yusra dan Umar Al-Mujaddid.. Jauhi ikhtilat semampumu, jaga pergaulan dan sama-sama kita menjaga diri kita terutamanya muslimat. Ini kerana, mungkin disebabkan kita, muslimin menjadi mangsa (jatuh ke lembah Neraka) atau sebaliknya..harapnya kita semua dapat mengambil iktibar dan doakan selalu semoga kita semua sentiasa dalam penjagaan Allah, insyaALLAH :)

                                   *********************
...sebelum bas Express Mutiara bertolak, seperti selalu Yusra akan mengambil telefon bimbitnya dan menaip sesuatu. "Salam. Dah nak bertolak ni, doakan moga selamat sampai."
Entah mengapa, walaupun Yusra merasakan dia tak perlu pun menghantar mesej itu kepada Al-Mujaddid kerana difikirkan mungkin mengganggunya dan sebagainya tetapi jarinya tetap menaip dan menekan butang ‘send’.

Dalam hatinya hanya berkata, “kenapa mesej sebelum ini dia tak balas, selalunya dia akan balas mesej yang aku hantar walaupun lambat..tak apalah, aku hantar mesej kali ni mungkin dia balas dan aku tahu dia doakan aku.”

Hatinya tetap merasakan sesuatu tetapi tak tahu bagaimana hendak digambarkan perasaanya ketika itu, sewaktu dia menekan butang ‘send’. “pasti ada hikmahnya..apakah ia? Moga-moga ia sesuatu yang baik,”pujuk hatinya.

*****************
Malu sangat-sangat dan tak tahu apa yang ingin dibuat ketika itu. Hanya Allah yang tahu perasaan yusra pada ketika itu, walaupun masih dalam keadaan terkejut.
Ketika itu Yusra baru selesai menunaikan solat maghrib, belum pun sempat dia menghabiskan bacaan zikir 
dan doanya, tiba-tiba…

tit..tit..

Telefon bimbitnya berbunyi, ada mesej yang masuk. Terpampang di skrin telefon bimbitnya nama Al-Mujaddid. Hatinya kurang tenang, seolah-olah akan ada sesuatu yang mengejutkan. Ketika itu hatinya bercampur gembira kerana mesejnya dibalas dan ketidak senangan hati yang gelisah entah kenapa.
Dia menekan butang ‘show’ dalam telefon bimbitnya. Kemudian dia membaca apa yang tertera, “salam. Mungkin kita perlu berhenti mesej-mesej..supaya lebih menjaga hati. Kita ni tak tentu lagi, tak pasti lagi, ada jodoh, adalah..semua di tangan Allah, serahkan pada Dia.”

“Ya Allah, apa yang dah aku lakukan ni..” tiba-tiba hatinya dan kepalanya rasa seperti diketuk dengan tukul. 

“Astargfirullah hal adzim..”

Rupa-rupanya tulah perkara yang mengejutkan Yusra dan yang telah menggangu hati Yusra. Tetapi jauh di sudut hatinya dia merasakan amat-amat gembira. Hal ini kerana, Allah telah memeliharanya dan Al-Mujaddid daripada terus alpa dalam kelalaian dan mainan syaitan laknatullah. “Ya, Allah telah menegur perbuatan kami!.”

Kata-kata itulah yang ditunggu oleh Yusra selama ini sejak sekian lama sebenarnya, sejak seawal persahabatan mereka lagi. Kerana bagi Yusra itulah yang menunjukkan ketegasan yang ada pada diri Al-Mujaddid. Kalau sebelum ini, Yusra merasakan Al-Mujaddid terlalu baik dan berlembut kepadanya yang mana boleh menyebabkan dia goyah dan hanyut dengan bisikan hawa nafsunya yang inginkan perhatian seseorang yang berlainan jantina seperti kaum hawa yang lain, dan sekarang tidak lagi!.

“Alhamdulillah”..pujian sebanyak-banyaknya dipanjatkan kehadrat Ilahi dan ketika itu juga Yusra terus sujud syukur kepada Allah tanda kesyukurannya di atas peringatan daripada Allah dalam menjaga hubungan mereka yang mana masih tidak sah sebagai suami isteri.
Pada ketika itu juga dirasakan mukanya panas dan merah padam dan malu ditegur sebegitu kerana dulunya Yusralah yang selalu mengingatkan Al-Mujaddid tentang batas pergaulan mereka, namun sekarang dia yang melakukan kesalahan itu.

Kemudian, Yusra membalas mesej, “Ana faham, mungkin kerana terbiasa hantar mesej sebelum ni jadi kali ini juga ana forward mesej itu pada anta. Asif jiddan di atas kekhilafan. Alhamdulillah, dah lama ana tunggu anta cakap macam ni dan Allah makbulkan juga doa ana. Syukran kathiran. Insya-Allah, moga inilah keputusan yang terbaik.
Al-Mujaddid membalas,”Insya-Allah.”

Dengan berakhirnya mesej terakhir tadi, Yusra merasakan ketenangan. Dia merasakan seperti baru melepaskan satu bebanan batu yang berat yang dipikulnya selama ini. Sambil berdoa “Ya Allah, ampunilah segala dosa kami selama ini atas kelalaian kami dan peliharalah hubungan kami, jauhkanlah kami daripada mengikut hawa nafsu kami, jauhkanlah kami daripada bermaksiat kepada-Mu, satukanlah kami dalam redha-Mu…amiin..” air mata jernihnya mengalir membasahi pipinya. 
                                                         
                                                ***********************

ok, dah tamat untuk kali ini....ada idea sampai situ je..hehe..

yang paling penting adalah cerpen ini amat2 menjadi satu MOTIVASI buat saya, Alhamdulillah ^_^



Saturday, April 14, 2012

Hafizah fi Kalamullah :)

Assalamu'alaikum..

Tak tidur lagi..perkongsian, copy paste daripada facebook..Ya Allah, permudahkan diri yang hina ini menghafaz dan mengingati kalam-Mu..amiin..nak tiru, amal dan istiqamah, khair, insyaALLAH..
Doakan saya :)

Tips Hafal Al-Quran bagi yang bukan aliranTahfiz ..

Satu hari sebelum tidur – aku terbaca satu kisah bagaimana hendak menghafal Al Quran dan dengan cara yang demikian dapat membina hubungan yang intim dengan Allah swt

Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).


Tip 1 – Bangun awal

Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.

Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat
Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.

Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu
Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.

Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda
Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut

Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat
Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.

Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda
Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.

Tip 7 – Perbaiki tajweed anda
Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.
Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.

Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan
Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.
Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk dibaca.
Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.

Natijahnya
Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.

Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.

Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.

Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:

Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.

Seterusnya hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.

One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…

“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)

sumber asal: http://http://pas-sembrong-bangkit.blogspot.com/2012/03/tips-hafal-al-quran-bagi-yang-bukan.html

"Jaga Allah, Allah jaga kamu"

Assalamu'alaikum...

          Waktu sekarang ni saya rasa macam nak menulis..jadi apa lagi, 'update' blog..!! he2
Alhamdulillah, sejam lebih sudah berlalu..saya baru sahaja balik dari menghadiri satu forum yang dianjurkan oleh mahallah safiyyah (program asrama) sempena Mahallah Safiyyah Carnival..tajuk forum itu adalah, "Jagalah Allah, Allah akan jaga kamu." Best sangat..!!! credit to all committee members, moderator, and panels..
         Ahli panelnya kak Catriona Ross dan kak Aimie Sofea (pemenang program realiti tv 'Solehah'), sepatutnya ada seorang lagi ahli panel iaitu imam muda Ammar tapi tak dapat datng sebab ada musyaqqoh manakala moderatornya Ardi Herman (Pengacara program tv Al-Hijrah)..

 
          Banyak yang dikongsi oleh ahli panel tadi. Antaranya, "ingatlah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya". Mengambil iktibar daripada kisah kak Aimie sendiri yang dicerita olehnya sendiri, kak Aimie dulu lepas SPM nak ambil jurusan mass comm kat UiTM sebab kak Aimie suka bidang penyiaran (kalau xsilap dgr tadi), tapi ibu kak Aimie tak bagi dan suruh dia masuk DQ, kak Amie akur dan ikut segala kemahuan ibunya. Pastu kak Aimie sambung pula belajar kat Mesir..dalam fikiran kak Aimie hanya terfikir apakah hikmahnya (akur pada kemahuan ibunya dan tak dapat ambil jurusan penyiaran) di sebalik semua ini dan kak Aimie hanya tunggu dan tunggu dalam masa sama meneruskan pelajarannya..akhirnya berkat dia menurut kata ibunya sebelum ini, kak Aimie akhirnya masuk 'SOLEHAH' dan menang pulak tuu..sekarang ni pula sibuk dengan mengacara program di tv Al-Hijrah..Alhamdulillah..dan sekali lagi kak Aimie terfikir, bidang yang diambil, kalau ikutkan, tak ada kaitan pun dengan pekerjaannya sekarang..tapi itulah, nak katanya bahawa, dakwah itu di mana-mana hatta di dalam bidang penyiaran sekali pun, ilmu yang diperolehi itu juga boleh disumbangkan ke arah pembaikan dalam bidang tersebut..sekarang kak Aimie juga memperolehi apa yang diimpikan olehnya dulu dan mungkin juga ini kerana berkat dan redha ibunya terhadap apa yang dilakukannya..Subhanallah..!!

          Tiba-tiba saya terfikir tentang diri sendiri, saya juga mungkin menghadapi situasi seperti yang dialami oleh kak Aimie. Dulu saya minat bidang farmasi, tapi takut nak ambil..bukan takut sebenarnya cuma mungkin tak berani atau kurang keyakinan diri nak terjun dalam bidang ni. Dalam masa yang sama ummi nak sangat anak bongsunya ni ambil jurusan agama tak pun yang berkaitan dengan agama (bukan aliran sains). Allah..nak jadikan cerita memang saya dapat tawaran menyambung pelajaran dalam jurusan Bahasa Arab di UIAM. Pastu apa lagi, ummi sangat gembira dan selalu bagi 'semangat' untuk belajar lughatul jannah ini. AllahuAkbar, tak pernah terfikir waktu sekolah menengah dulu untuk ambil jurusan ini..oleh itu, saya sedikit terumbang ambing (tak boleh fokus sangat) pada permulaannya (waktu kat Pusat Asasi)..seperti ikut arus je belajar waktu tu, takde 'aim', takde fokus, tak nampak apa cabarannya dalam bidang ini sebab tak pernah terdedah pun sebelum ini dengan bidang ini (maksudnya takde anggota keluarga yang ambil jurusan bahasa arab atau yang berkaitan dengan bidang bahasa arab) walaupun belajar kat sekolah ugama arab sebelum ni (dah ada basic arab pun..ish..ish..tapi tak juga boleh kuasainya sampai sekarang, masih bertatih..)..Jadi, disebabkan ini juga menjadi satu impian buat ummi untuk melihat anaknya berjaya dalam bidang ini dan menguasai lughatul jannah, maka saya tak boleh sia-sia peluang yang ada di depan mata ini..dan yang paling penting redha-Nya dalam menuntut ilmu ini..seterusnya menyumbang untuk manfaat ramai..moga saya dapat bekalkan pahala buat kedua orang tua saya..amiin..!!
Doakan saya, biiznillahi ta'ala :)  

         Lagi yang dikongsi waktu forum tadi ialah cerita dan pengalaman kak Catriona Ross..happy sangat tengok kak Cat sekarang, meskipun cerita yang dikongsinya setiap kali dengar talk kak Cat adalah sama iaitu kisah kak Cat mendapat hidayah dan taufiq daripada Allah, namun ada saja benda baru yang dikongsi yang beliau dapat melalui usrah katanya, sama ada ayat Al-Quran, hadith atau kisah-kisah teladan. Alhamdulillah..moga kak Cat terus istiqamah dengan usaha (menyampaikan ilmu melalui talk dan sebagainya) tersebut..insyaALLAH :)

         Banyak lagi yang dikongsi tadi, tapi penat dah jari jemari ini menari-nari di atas keyboard ni, jadi jari jemariku mahu rehat, sambung lain masa pula..lagipun hari sudah larut malam..ambil wudhuk, baca doa sebelum tidur, tepuk-tepuk bantal sikit, baca 3 Qul dan boleh tiduuurrr...khair, insyaALLAH :)

Friday, April 13, 2012

Assalamu'alaikum..

'Nukilan Sang Hamba'
Blog yang baru di'publish' oleh saya sendiri..

Kenapa saya pilih tajuk ini??
...kerana apa-apa yang saya tulis ini mestilah mengingatkan saya kepada yang mencipta saya, siapa Dia??..Allah yg Maha Pemurah lagi Maha penyayang dan segala puji bagi-Nya :)
Saya mestilah mengelakkan tulisan saya daripada mengundang segala bentuk kemurkaan Allah, hanya REDHA-Nya yang saya harapkan..insyaALLAH :)  

Alhamdulillah...
Moga usaha ini akan lebih mendekatkan kita kepada-Nya..amiin ^^,