Sunday, April 15, 2012

cerpen :)


Assalamu'alaikum..

Tiba-tiba pula rasa nak tulis cerpen hari ni..hehe..cerpen pendek je dan mungkin anda pernah mengalaminya terutamanya para da'ie..cinta ana enti, meminjam nama watak dalam novel 'Tautan Hati', Asiah Yusra dan Umar Al-Mujaddid.. Jauhi ikhtilat semampumu, jaga pergaulan dan sama-sama kita menjaga diri kita terutamanya muslimat. Ini kerana, mungkin disebabkan kita, muslimin menjadi mangsa (jatuh ke lembah Neraka) atau sebaliknya..harapnya kita semua dapat mengambil iktibar dan doakan selalu semoga kita semua sentiasa dalam penjagaan Allah, insyaALLAH :)

                                   *********************
...sebelum bas Express Mutiara bertolak, seperti selalu Yusra akan mengambil telefon bimbitnya dan menaip sesuatu. "Salam. Dah nak bertolak ni, doakan moga selamat sampai."
Entah mengapa, walaupun Yusra merasakan dia tak perlu pun menghantar mesej itu kepada Al-Mujaddid kerana difikirkan mungkin mengganggunya dan sebagainya tetapi jarinya tetap menaip dan menekan butang ‘send’.

Dalam hatinya hanya berkata, “kenapa mesej sebelum ini dia tak balas, selalunya dia akan balas mesej yang aku hantar walaupun lambat..tak apalah, aku hantar mesej kali ni mungkin dia balas dan aku tahu dia doakan aku.”

Hatinya tetap merasakan sesuatu tetapi tak tahu bagaimana hendak digambarkan perasaanya ketika itu, sewaktu dia menekan butang ‘send’. “pasti ada hikmahnya..apakah ia? Moga-moga ia sesuatu yang baik,”pujuk hatinya.

*****************
Malu sangat-sangat dan tak tahu apa yang ingin dibuat ketika itu. Hanya Allah yang tahu perasaan yusra pada ketika itu, walaupun masih dalam keadaan terkejut.
Ketika itu Yusra baru selesai menunaikan solat maghrib, belum pun sempat dia menghabiskan bacaan zikir 
dan doanya, tiba-tiba…

tit..tit..

Telefon bimbitnya berbunyi, ada mesej yang masuk. Terpampang di skrin telefon bimbitnya nama Al-Mujaddid. Hatinya kurang tenang, seolah-olah akan ada sesuatu yang mengejutkan. Ketika itu hatinya bercampur gembira kerana mesejnya dibalas dan ketidak senangan hati yang gelisah entah kenapa.
Dia menekan butang ‘show’ dalam telefon bimbitnya. Kemudian dia membaca apa yang tertera, “salam. Mungkin kita perlu berhenti mesej-mesej..supaya lebih menjaga hati. Kita ni tak tentu lagi, tak pasti lagi, ada jodoh, adalah..semua di tangan Allah, serahkan pada Dia.”

“Ya Allah, apa yang dah aku lakukan ni..” tiba-tiba hatinya dan kepalanya rasa seperti diketuk dengan tukul. 

“Astargfirullah hal adzim..”

Rupa-rupanya tulah perkara yang mengejutkan Yusra dan yang telah menggangu hati Yusra. Tetapi jauh di sudut hatinya dia merasakan amat-amat gembira. Hal ini kerana, Allah telah memeliharanya dan Al-Mujaddid daripada terus alpa dalam kelalaian dan mainan syaitan laknatullah. “Ya, Allah telah menegur perbuatan kami!.”

Kata-kata itulah yang ditunggu oleh Yusra selama ini sejak sekian lama sebenarnya, sejak seawal persahabatan mereka lagi. Kerana bagi Yusra itulah yang menunjukkan ketegasan yang ada pada diri Al-Mujaddid. Kalau sebelum ini, Yusra merasakan Al-Mujaddid terlalu baik dan berlembut kepadanya yang mana boleh menyebabkan dia goyah dan hanyut dengan bisikan hawa nafsunya yang inginkan perhatian seseorang yang berlainan jantina seperti kaum hawa yang lain, dan sekarang tidak lagi!.

“Alhamdulillah”..pujian sebanyak-banyaknya dipanjatkan kehadrat Ilahi dan ketika itu juga Yusra terus sujud syukur kepada Allah tanda kesyukurannya di atas peringatan daripada Allah dalam menjaga hubungan mereka yang mana masih tidak sah sebagai suami isteri.
Pada ketika itu juga dirasakan mukanya panas dan merah padam dan malu ditegur sebegitu kerana dulunya Yusralah yang selalu mengingatkan Al-Mujaddid tentang batas pergaulan mereka, namun sekarang dia yang melakukan kesalahan itu.

Kemudian, Yusra membalas mesej, “Ana faham, mungkin kerana terbiasa hantar mesej sebelum ni jadi kali ini juga ana forward mesej itu pada anta. Asif jiddan di atas kekhilafan. Alhamdulillah, dah lama ana tunggu anta cakap macam ni dan Allah makbulkan juga doa ana. Syukran kathiran. Insya-Allah, moga inilah keputusan yang terbaik.
Al-Mujaddid membalas,”Insya-Allah.”

Dengan berakhirnya mesej terakhir tadi, Yusra merasakan ketenangan. Dia merasakan seperti baru melepaskan satu bebanan batu yang berat yang dipikulnya selama ini. Sambil berdoa “Ya Allah, ampunilah segala dosa kami selama ini atas kelalaian kami dan peliharalah hubungan kami, jauhkanlah kami daripada mengikut hawa nafsu kami, jauhkanlah kami daripada bermaksiat kepada-Mu, satukanlah kami dalam redha-Mu…amiin..” air mata jernihnya mengalir membasahi pipinya. 
                                                         
                                                ***********************

ok, dah tamat untuk kali ini....ada idea sampai situ je..hehe..

yang paling penting adalah cerpen ini amat2 menjadi satu MOTIVASI buat saya, Alhamdulillah ^_^



No comments:

Post a Comment